Tuesday, August 19, 2014

Rindu jari menulis,
Eleh menulis ke, menaip pun typo.

Masa itu dewasa.

Toleh ke tahun yang sudah.
Sudah beberapa kali Ramadhan sbg pekerja swasta.
Dah lama rupanya.
Tragedi org-yg-incharge-sahur: hanya hidang Milo.
Padahal time turn org lain demand nasik panas.

Sekarang.
Semua bimbang bertukar.
Dari risau pointer duduk bawah tiga.
Duk kalut warna baju bridesmaid tak kena tema.
Dari bimbang tak dpt tiket Raya.
Rupanya lg susah nak budjet duit tol-minyak dan sampul Raya.

Selepas ni, apa lah agaknya.

Pening mencari sireh junjung?
Raya bertukar kampung?
Rahim masih kosong?



Oh tarikh nikah tu rahsia Dia.
Tapi mak dah bagi hint-''habiskan study dulu''
Ye mak ye. I olzz pun tak gatal mana.
Tett.

Wednesday, July 3, 2013

pandu

Kelik- kelik. kelik-kelik.

Flash dari phone camera bergemerlapan (maaf,gagal mencari adjetif yg sesuai) mengambil gambar dari aksesori berjenama yg baru di beli. Si telunjuk laju-laju menuju ke butang Upload. Dalam beberapa minit saja, berpuluh likes dan comments memenuhi ruang, menceriakan hari. Tidak kurang juga yg memuji akan kemampuan diri.Alhamdulillah, ini lah hasilnya penat lelah bekerja sebulan, pemilikan baru ini sebagai ganjaran utk diri sendiri.

Sedetik, timbul jiwa yg kurang berkenan berbisik: 'dia membuktikan kini dia mampu, bimbang ada yang tertinggal,biar semua tahu'. hati memerli dalam sinis,  tak mampu menyindir lagi dlm manis.

Biarlah hati, biarkan hatinya.
Hatiku tidak seampuh hatimu bisa menahan rasa itu.
Tuhan Kau pandu hatiku selalu.

Wednesday, April 17, 2013

Mari berkahwin-edisi kawan

Hariiniharikhamis,malamnantibacayassinye.


Bimbang kontroversi tersembul, cepat-cepat tambah edisi kawan di situ.
Tahniah Marina Mahmud dan suami di atas rumah tangga yang baru dibina beberapa minggu yg lalu.Semoga berkekalan bahagia sehingga ke syurga. Manis juga sekiranya dapat melihat hadiah yg kami beri tergantung di dinding semasa/jika kami dtg melawat awak di dalam hari(berpantang) nanti.

2 pasangan biru dibelakang, sila ambil nombor ya


Rasanya, keghairahan ke majilis kenduri Mekna melepasi tahap keghairahan Mekna itu sendiri menjadi pengantin. Keterujaan berkumpul, ibarat menyertai field trip yang dibekalkan dgn roti gardenia dan air kotak satu sorang.

Mujur ada seorang sahabat yg sudi menumpangkan kawan-kawan yg tidak mendapat capaian bas utk ke majlis. Terima kasih ya. namun, kesan dari telah meninggalkan kesedaran alam sekitar seperti dalam zaman belajar, telah mengakibatkan konvoi kereta dgn jumlah yg agak banyak. 

hasil kecil-kecilan tangkapan di Tg lumpur


Erti bersama sahabat itu lebih dari berkongsi senang dan susah, tawa dan resah, sulit dan mudah
ia ibarat hati kecil mereka yg memahami lebih dari kita sendiri, menasihati walau sukar difahami, 
tiada aku dan dia tetapi kitaorang, marahnya jarang-jarang, meghomeh walau dilarang!








Du'a

Bismillah.

I don't mention my prayers in twitter or facebook. Unless it is a good du'a to be practiced by everyone.
and among best conditions to say our du'a are:
1. In our last sujud.
2. When it is raining
3. In silent and calm moment
4. At the holy land
5. Mistreated by others
6. Travelling (Musafir)

Monday, November 5, 2012

PARAMESWARA


Pagi itu redup sekali. Angin sepoi2 bahasa Tamil bertiup lembut menyapu muka. Kuntum yg baru tiba di tempat baru itu gembira sekalipun hatinya masih belum tahu samaada dia akan benar2 sukakan tempat itu ataupun sebaliknya. Sudah lama dia berhajat utk dtg ketempat itu yg sudah masyur semesta alam. Kalau alam semesta spt bijirin sarapan pagi Honey Star pula.

Dengan langkah longlai Kuntum bersandar di sebatang pokok yg amat rendang di tepi sebatang kali. Kali ye bukan bahagi. Di bawah pokok itu juga terdapat seekor arnab yg sedang nyeyak tidur. Kuntum juga berhajat ingin merehatkan dirinya dgn tidur barang sepicing  dua. Matanya sedikit degil, gagal memberi kerjasama yg baik. Seketika, dia terlihat seekor kura-kura melintas di hadapannya tergesa-gesa, tapi masih tidak melangkaui  kelajuan kura2 yg sebaya dengan nya. Dia malas berfikir apa2 tp seketika demikian dia terdengar jeritan sorak sorai gembira spt meraikan sesuatu, bagai mendapat 2 mata utk rumah sukan dlm acara sukantara sahaja lagaknya.

Kuntum tersedar ketika matahari sudah gelincir. Bukan kerana cuai, bukan juga krn lantai licin mop tdk berperah, tp kerana sudah masuk waktu utk tunduk kepada Pencipta yg maha agung. Sungguh, ajaran ibu-bapa dan guru2 nya dr sekolah menengah kebangsaan  agama(SMKA) tdk sekali2 dilupa. Barangkali birat2 rotan kekal dibelakangnya yg turut mengingatkan akan tanggungjwab itu.

Usai solat. Kuntum berjalan2 sekitar kampung itu. Suasana tenang di kampung sudah tentu menjadi ilham kpd pencipta lagu2 Raya spt lagu kegemaran semua, Suasana Hari Raya. Kuntum menunggu masuk waktu Magrib. Dia lebih selesa bergerak slps magrib.  Dia menuju ke sebuah pondok berbumbung rumbia. Di situla dia berjanji akan bertemu dgn rakan2 lain. Sudah lama rasanya dia tdk bertemu rakan sepermainan nya. Rindu di hati yang menggunung bakal terlerai pada hari ini.

Sedetik dua berlalu, penantiannya berakhir dgn kehadiran rakannya yg kelima. Kuntum bersyukur kesemua rakannya dlm keadaan sihat walafiat. Minyak afiat adalah minyak yg berguna bg merawat kanak2 kencing mlm. Selepas keadaan yg agak chaos krn sesi ice breaking utk kali pertama slps tidak bertemu, mrk memulakan perjalanan pd mlm itu. Tetapi hampa jelas terpapar disetiap wajah ahli rombongan itu. Mereka sama sekali tidak menyangka “alamak Parameswara tutup la malam ni”. “Selamat tinggal ikan bakar”

Sunday, October 7, 2012


I WANT TO BE AN ASTRONAUT

“Mak, boleh tak Acu nk bwk cucoq mak sket p skolah?” seketul lg cucur bawang bersama ikan bilis disua Halim ke mulut bg menjalani pre-digestion oleh enzyme amylase. Enzyme mmg tidak sesuai sekali  dieje sebagai enzim.

“Awatnya, duet blanja 60sen mak bagi tak cukop ka?”Mak menuju ke dapur mencari2 bekas plastik seperti yg selalu diguna pakai umum bg menapau bubur lambuk. Bekas2 plastik jernih tu Along yg beli secara bundle.Huh taktik kuno bg  menapau lauk pauk Mak kalau dia balik kg.

“Dok aiih, ada plajar tukaq dr jepun dok minat sgt kt cucoq mak hak cheq mbwk marin(kelmarin)”.
Jawapan Halim mak balas dgn senyuman mengerti. Perlahan dia menuju ke peti ais bg mendapatkan sedikit tisu dapur bg mengalas cucur2 td. Mak mmg anti menggunakan kertas surat khabar bagi menyerap minyak dr makanan spt yg kerap dilakukan oleh org kampong, lebih2 lg dr helaian iklan Metro, penuh; hitam bercetak. Tapi sebenarnya dia juga kurang mengerti utk membezakan tisu dapur dan tisu tandas.

Mak tahu, duet belanja yg diberi kpd Halim mmg tak mencukupi. Bukan dia tidak mahu memberi lebih kpd Halim, tapi dia mempunyai misi yg jauh lebih penting. Dia sgt bersyukur anak itu tidak pernah merungut, apatah lg memberontak meskipun dia tidak pernah mengugut akan menjadikan anaknya itu batu seperti dlm cerita Tanggang sekiranya anaknya itu degil dan tdk mendengar kata.

“ Sat lg lepaih antaq hang p skolah, mak keluaq na.Nanti hang balik bonceng ngn Pak Su. Jgn lupa plak ucap terima kasih”pesan mak supaya  anaknya tidak lari dr mengamalkan nilai2 murni. Halim hanya mengangguk.
Mak susun  cucur dlm bekas sampai penuh. Kemudian dia kembali ke peti ais 2 pintu itu bg mendapatkan sedikit sos cili;pilihan keluarga tentunya sos cili Aminah Hassan. Sesudah siap, dia menguhulurkan bekal itu kpd Halim yg sedang menyarung stoking putih dgn hitam di tapaknya. Mmg stoking yg sesuai bg seseorang yg tidak menukar alas kaki dlm tempoh berminggu2.

Halim tersenyum.“Terima kasih Mak”. Dalam hati berbunga2 kerana dia dapat menyimpan wang sakunya pd hari ini. Jumlah semuanya sejak penjimatan seminggu lepas, RM 3.20. Cukup untuk membeli 1 set Yogurt Cal-yum kegemaran semua dr kantin sekolah. Mmg Halim sudah lama mengidamkan set yogurt itu kerana dia mahu membesar dgn zat2 dan mineral yg cukop. Huh, jiwa remaja yg baru bertemu mkanan spt yg diiklankan di televisyen.

Semasa menyuap susu masam itu kedlm mulutnya, hati Halim berharap agar dia dpt menjadi spt ibunya yg kuat,cerdas dan tabah lebih2 lg selepas  ayahnya meninggalkan mereka tanpa khabar berita sejak 11 tahun lepas.Pantas dia menitipkan doa agar ibunya bersemagat waja untuk lulus menentang calon2 akhir, Pak Cik Muszaphar, Dokter Faiz dan seorang lg wanita India yg dia mmg gagal menghafal namanye seterusnya; melayakkan diri menjadi angkasawan pertama Malaysia.Good Luck Mak!

Saturday, October 6, 2012


JARI

Ahh di kutub Utara ini, suhu mmg rendah. Acapkali darjah kepanasan di sini adalah di bwah paras beku. Macam mana lah Katara dan keluarganya dpt hidup di tempat sebegini?Barangkali dr bekalan lemak anjing2 laut. Ish, anjing;haram. Anjing laut bertaring; haram.Anjing laut tidak disembelih; haram.Amboi 3kali haram. Jom pergi KFC lah kalau begitu. Lama tak boleh menaip .Jari dah beku!

Sunday, October 2, 2011

kisah anjing dan bayang-bayang

Sewaktu mude dulu, anjing pernah memenangi pertandingan kebaya anjuran JKK kampungnye. Bagaimanapun nama kg tersebut terpaksa dirahsiakn utk menjaga privasi pemastutin2 tetap disana. Yela,bimbang juge ade yang terus mencari di google map utk membuktikan kesahihan cerita ini.

Masih segar dlm kotak memori cikjing (merujuk haiwan yg same spt perenggan di atas) flash2 kamera yang bergemerlapan(kalau xsuke tukar je kpd yg lebih sesuai), sorakan AJK2 tertinggi kg yg masing2 menyokong dan mengharapkan kemenangan dirinya semasa sesi ujibakat semalam. Sikap bangge dan riaknye melebihi paras keangkuhan merak selepas siap dicat indah oleh gagak. ingat lagi  tak cerite tu?kelik

Selepas mendaftar dgn bayaran seringgit persis bayaran tipikal klinik2 1Malaysia, cikjing berjaya mendapat tempat utk pertandingan ratu kebaya pd mlm itu. Itupun setelah puas betumbuk dgn petugas majlis bekenaan yg berkeras cikjing tidak layak menyertai pertandingan tersebut. Namun,lumrah duniawi tiada siapa pun yg mampu melawan sogokan duet lebih2 dalam matawang asing.

Hati cikjing ingin melompat kegirangan namun nafsunya mengingatkan dia akan tatasusilanya sebagai haiwan yang sopan. Dia tahu peluangnya utk menang sgt tinggi. Masakan tidak, (tidak mrujuk kpd masak2 goreng), dia sudah mendengar cerita, ciksemut gagal menjumpai pereka kebaya yg sudi mereka baju saiznya, cikkucing pula sudah bunting 6 hasil hubungan terlarang dgn warga siam yg dtg mmburu tikus disitu. Heih, rugi betolla cikkucing ni,sedangkan dia adalah pesaing terdekat cikjing,tetapi gagal menahan nafsu dan membuat onar dgn siamese.Tp sumpah, tak dinafikan, warge siam tu mmg kacak. Kalau cikjing diberi peluang yg sama juga,dy tidak akan menolak biarpun DNA mereka takkn pernah mengizinkan hubungan tersebut.

warge siam yg dimaksudkan

 Beberapa peserta lagi, seperti ciktenggiling menarik diri pada saat2 akhir disebabkan kekejangan pada abdomen selepas melahirkan anak kembar berkat perkahwinan dengan seorang sekretariat universiti tempatan, dan cikikan yang keracunan akibat termakan roti lebih tarikh dermaan seorang penunggang legend. Hum..mmg,cikjing sniry mlihat jln yg dipermudahkan untuknye.

Tibalah hari kejadian. Usai sahaja masuk waktu syuruk(maaf, tiada isu keagamaan dikaitkan dlm entri ini) cikjing telah bersedie dgn kebaya rekaan wewa weng yang depositnye diperoleh dari bayaran kembali deposit rumah yg hampir disewe oleh cikjing. Cikjing memuji-muji kecantikan dirinye sendiri dihadapan cermin. Jambulnye yg setompok disepit kemas dengan sepit yang dibeli di kedai fully shop,sebuah kedai pinggiran kota yg menyediakan aksesori2 comel utk gadis remaje yg ingin bergaye ttp dalam budjet yg terbatas. Clutch warne keemasan yang disewe dr kawannye dikepit kemas dimulut.

Berjalanlah cikjing dengan dada yang kembang menuju tempat pertandingan. Berhati-hati die semasa menyelusuri denai2 berlecak didalam kampung itu, bimbang kerawang kebaya mahalnye direciki( kata kerja spt utk ayam percik) lumpur. Semasa melalui jambatan untuk menuju ke seberang, die terlihat seekor anjing yang gagah persis seekor chi hua hua belaan diraja. Timbul rasa teruja dihatinye untuk menyapa gerangan anjing yang kacak itu.

Auukk aukkk.(hai kacaknye awak).


Plup,clutch yang berada dimulutnye terjatuh kedalam air dn terpercik ke mukenye sendiri.
Cikjing tersdiam apabila mengingati dirinya yg persis watak dalam cerita nenk moyangnye, menyalak pd bayang-bayang sendiri. Sejenak, die tersenyum mengingati dirinya yg sepatotnye dilahirkan sebagai bakal ketua keluarga.

Cikjing berjalan pulang ke rumah. Dia ingin mendaftar di gym.

Wednesday, March 23, 2011

Indah,cerita seorang yg indah

Pada pg yg hening itu, sehening air dikali(sebening sebenarnya), ketika burung2 masih mengeliat bangun dr tidur,ayam2 masih belom yakin sama ade perlu berkokok masuk suboh atau tidak,dan  cacing juga masih segan2 menjengah keluar tanah, Indah sudah siap!

Ye, hari ini la hari yang ditunggu2 sejak die mencapai mumaiyiz lagi. Hari ni die akan bertemu kekasih hatinya. sudah lame benar rindu dihati ditahan. Sudah tak tertanggung lagi rasenye. Usai siap bersarapan yg hanye sekadar beberapa suap ubi kayu cecah terubuk masin dr sarawak pemberian anak sulong ketue kampung, pantas die mencapai kunci myvee nye. Kereta nasional itu memang menjadi kegemaran nafsunye. Mnakan tidak, pade hari pertame kereta itu dilancarkan die sudah memecahkan tabung jagungnye semate2 untuk mencukupkan duet bagi pembayaran deposit. Bangge sungguh memandu pacuan empat roda itu ditambah pule aksesori spoiler yang jarang2 dpt dilihat pade kereta itu, ketika itu(jk bosan tukarkan itu kpd ini) ,menanbah lagi perasaan riyak di hatinya.

Eh, die terlupe sesuatu.Simpton alzheimer la ni.Ishh!! nasib baek tak berape terlambat lagi. Pantas, signal kekiri ditarik, dan alat kawalan tayar itu rakus dipusing kekanan. Mini market Pak Teh menjadi pilihannya utk membeli 'barang' itu.Kire bolehlaa pd saat2 genting mcmni utk singgah di pasaraya lelaki cina separuh abad itu. Bukan ape, kemudahan disana kurang memuaskan. Putaran udara hanye bergantung kepada kipas dinding yang boleh geleng2, mesin kire2 hanye kalkelater berkuase solar(nseb bek bukan sempoa) dan diskaun tak pernah ade sekalipun tahun baru cina adelah tahun arnab!takpatot.

Sesudah selesai membeli barang tersebut, barulah Indah mampu tersenyum menampakkan lesung pipit sedalam preity zinta. manis. Tangkai plastik bungkusan direnyuk kuat bimbang tercicir. Sepatutnya die tidak mengambil plastik yg sukar dilupuskan itu. Memang, die sorang pencinta alam.Tetapi desakan pekedai Pak Teh memang sukar ditolak.

Keretanya dipandu sederhana laju menyelusuri lebuh raya, denai2 kecil dan berkenaan bulatan(roundabouts). Setelah hampir 45 minit pemanduan berhemahnya, Indah tibe ke destinasi cintanya. tidak lame selepas itu kedengaran pengumunam dari pembesar suare

" perhatian kepada Pelatih PLKN Siti Ain Izzati bt Wan Yusop. Anda ade tetamu"

Tidak lame selepas itu, keluar la seoarang gadis sunti bertudung sarung kerinting2 ditepi sambil menjerit kecil,

"mak,ade beli tak sabun biozip yg along kirim tuh?"

banyak betoll..

dalam hidup ini,mmg slalu terjadi perkara banyak betol. spt contoh, byk betol idea2 blogger untk mereka gigih menaep. sebenarnya susah jgk nak carik idea utk menyudahkan sesebuah entri. dahla tu, banyak pulak spelling errors yang berlaku disebabkan jari hantu yang taknak bekerjasame ngn jari telunjuk, ibu jari yang sombong ngn jari manis.

aku kagum dgn blogger yang mampu terbitkan entri setiap hari. banyak sungguh idea2 dieowg. kalau jatuh ke ladang gandom mesti jadik kokokrunch..hehe. tebaek, smapai due tige entri sehari. memang x kering gigi la membacenye.

hoyeh, aku da ade entri arini. ni sume atas desakan cikmessi yang cakap blog ni da besawang.
eii,tolong sket,mane ade!cikmessi, kalau anda ade singgah blog ni, suke saye nk bagitaw,blog ni xd sekalipon habuk sebab saye da pasang settling chamber kt blog nih tw!!

Friday, March 4, 2011

JK

ello malaysia..

JK...bole memberi maksud ape2 pon kan..
ade yg dengar JK dan membayangkan jambul kontot, jambu kecut, juare kentot..

atau terbayang harry potter, si penulisnye JK Rowling?
mungkin bole jdik jgk jaminan kesihatan,jwtan kuase kecik, jabatan keselamatan,jejantas ku,jarum katataspeti, jelapang kelapa?




atau, jiwe kacau??

Tuesday, February 22, 2011

saye semase kecil dahulu.P2

kalau dulu kecik2 sume rapat. main same2,makan same2,mandi same2, pg skolah same2,dan ape saje kata kerja yg sudi digandakan. aku ingat lagi salah satu game fevret ktowg, maen jun jun tang. haha,game ni kalau google skali pon mesti takkan jumpenye sebab ktowg ikot kretip sniri je reke.

care maen game ni,mule2 kene pilih sape yang jadik dulu. undi la pakai lagu ape2 pon mcm:
                  ulat bulu panjat lidi,
                  sape dulu die yang jadi.   atau

                  sam sudu taik kelawar,
                 sape dulu die yg keluar    atau

ape2 lagu je yg sesuai mengikot tahap kemajuan kawasan tmpt tggal masing2. pastu yg jadik tu sabelom ape2 kene nyanyi dulu,

              maen jun jun tang,sape jatuh telentang.....

then kire 1 sampai 10 sementare yg tak jadik tu kene panjat pokok setinggi yg boleh , untuk selamatkan diri masing2 dari kene cuit dgn org yg jadik tu.

selalunye pokok yg dipilh adelah dr pokok yg jenis byk berdahan mcm pkk manggis ngn rambutan. pokok buluh sile elakkan ye,bimbang disorok hati kop**.haha

p/s:game ini lgsung tidak sesuai utk sume peringkat umor.sile kekalkan permainan congkak anda

Saturday, February 19, 2011

berdosakah aku?

Beberape hari yg lepas, sebuah bdn berkanun kerajaan mengadakan majlis tari menari senam seni. aku dan beberape org2 kawan2 aku telah dijempot utk same2 memeriahkan acare tersebut disamping. Ktowg dgn rela hati setuju utk menjayakan acare terbabit memandangkan ktorg adelah golongan rakyat yg menyokong gagasan satu Malaysia dan keadaan lemak badan yg sudah merajai bawah2 kulit.

Jadi,setelah lengkap berpakaian sukan, masing2 pon menuju ke tempat kejadian dgn azam,sejenis semangat kental yg mendorong diri utk kelihatan lebih sehat dan bermutu. Setibenye ktowg kt padang tu,ktowg pon tros masuk dlm barisan dengan langkah bergaya sbb diaorg da start.
gambar sekadar memenuhi ruang

*******
Lepas acare tamat, masing2 pon dgn peloh dibadan yg masin ingin bertolak pulang. Tetapi,kejutan...ade air bliss 750ml,ye 750ml diberikan secare percume kpd setiap yg individu bertuah yg ade kat padang.  hoho,apelagi,sume org pergi gile (gone crazy). Aku je tak. Dari satu sudut,aku tgk manusia yg bertolak-tolakan itu sambil berkata dlm hati;hum,tak matang langsung........hehe

inila air yg menjadi sebutan ramai setelah senam seni terbabit

Setelah beberape ketike,kawan2 aku merempuh keluar dari longgokan manusia itu dgn 7 botol air lazat berbakterie baik itu. aikk,7 botol tapi kite kan 5 org je?

disebabkan tamak yg sedang menguasai diri, aku diamkan saje.'rezeki kot' detik hati aku yg murni ini. nak dijadikan cerite, hujan turun kucing dan anjing (raining cat and dog).walaubagaimanapon ktowg yg menaiki motor(sebab estima tak isi minyak) terpakse jgk balek sbb ade kelas malam,dan bau kemasin-masinan yg kurang enak haruslan diluputkan.


namun,malang tidak dpt dihidu oleh keenam2 pancaindera kite.salah sebuah motosikal yg dirempit ditunggang rakan aku gagal dikawal sebab jln licin telah merempuh pembahagi jalan, menggesel sebatang pohon kelape dan menggilis lumat sekumpulan semut semit yg kebetulan berarak sempena penabalan ratu mereka yg baru.takziah diucapkan terhdap haiwan yg rajin spt semut itu.

tapi mujur alhamdulillah,beliau yg sering mengamalkan meminom ubat batok cap ibu dan anak sebelom tidor tak mengalami sebarang kecederaan selain calar sket kat bahu. aku cube utk menolong mangse bgn selepas eksiden itu.malangnye,motor aku yg gagal ditongkat dgn kemas turut jatuh.hehehe..
botol2 air yogurt bliss yg berade dlm rage aku mase turut sebok nak bergolek2 sekali.dan membuatkan aku berfikir,adekah ini disebabkan dose ktowg sebab da ambek hak orang..............?

tapi air tu da habis sebab ktowg rase die da halal.ye la,ktowg kan da terime balasan..boleeyyykee??

Tuesday, February 15, 2011

saye semase kecil dahulu.

hai ebribadi.
(secare mendadak dn tibe2) ye,aku yakin yg semue orang pernah mengalami zaman kecil. tapi aku pasti,akula yg paling comel.hahahar

Sebot zaman kecik2 dulu,kalau kenang2kn blek ngan kawan2, mesti rase kelakar.bodoh pon ade. walaupon aku berjaye dilaherkan dalam era 90-an,tapi time tu takde la maju mane pon. kalau dikategorikan maju pon, aku dpt tempiasnye je sebab famili aku takla senang mane.ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.yeee,ini adelah kisah kehidupan sekeluarge ayam yg menyewe di reban taraf 3 bintang.

rumah aku spesial sket. kat jalan mati, the dead end.sebelah ngn kelape sawit. haa penah tgk tak?


kat ladang ni ade sebatang sungai. eh,aku baru perasan,klakar la pnjodoh bilangan utk sg nih.
kalau biase paras2 lutot je.kalau kalau ujan lebat sket,air kat sg ni akan naik sampai kepale. time org tgh risau air sg nk melimpah,ktowg boleh bergumbire.yeay2 mandi sg!
mcmni la sg lepas ujan.tp yg dkt rmah aku sg die kecik sket.

Misi diteruskan.agenda pertame,mencari mase yg sesuai. huu chantek.. mak ngn ayah tgh dok kat dapor mkn biskut mayat cecah air kopi. ktowg pon mule bertindak la. mule2 carik tali.yg saiz tambat kerbau tu  ikat kt pokok tepi sg. pastu tebang pokok pisang sebatang due.tak cukop ngn tu,ktowg rembat pintu peti ais lame kepunyaan jiran aku.ye,bende2 ini mmg terapung da sesuai dibuat tunggangan air.
alatan yg diperlukan

woo,surfing atas air yg tgh laju menggile.aku pon taktaw aku atau air tu yg gile.haha .life jaket?persetankan. tapi,fuyoo,heaven. bapak cucu nenek bestnye. die punye challenge kalah sunway lagun. aku pon taktaw bape kali tah aku telan air sg tu. tapi,blek tu kenyang minom air.haha

lepas agak2 da kecut2 anggota badan sume,barula puas hati ni maen air. barula nak blek. ktowg sume bergelak ketawe la blek rmah masing2. hepinye tak tapat k digambarkan.
tapi kesakitan akibat libasan getah paip mak aku sampai sekarang aku ingat lagi.huhuhu..





Blank

assalamualaikum sume...

1st skali,harini Maulidur Rasul. jadiknye,marilah kite same2 menbanyakkan selawat ke atas junjungn mulia kite,oke!

umm..tak taw nk tulih ape dlm entri kali ni.sedikit blank dan blur kerane usus kecik aku tersumbat dgn kuey teow kung fu.
tapi tadi,aku makan tak abes. tibe2 merindui kuey teow itu.:(


okela. rase nak tulih ape terlintas kt pikiran je la. pasal ape yg sepatotnye kite same2 perasan.
Pade pendapat aku,sebolehnye,layanla orang laen mcmne kite mau dilayan.contoh die senang je:kalau kite tak suke bau kentot,jgn la sekali2 kite meletakkn percubaan utk kentot dikhalayk umum. paham?

mcm td aku nak pg print assingment. da pukul 2.50. tanpe kemaluan yg berasas,selamber je bdk yang tgh print tu jempot kawan2 die yg nak tumpang print sekali kt die. siap edit lg. beragak la kan.da la aku ade kelas pukul 3.assingment lak kene hantar sblum pukul 5 entah knape,harini aku malu sedikit utk berbicare,menegur secare berhemah spt selalu..kui3.hah,kat sini takyah nak salahkan aku buat kerje last minit sebab mesti aku yg menang. ni kan blog aku.hahhaha

same jgk kalau nak menegur org. tegurla mcmne kite nak ditegur.aku mmg pantang banyak kalau org men sound2 ni.taching lebih sket.bukan ape,hati kecik aku ni manje sket. hehee
tp aku rase sume orang la mcm tu la.cume yg hati kebal je tahan kalau kene tegur kaw2, tak tunjuk.  tapi bile dalam bilik hantok2 kepale kat dinding.


ow,aku da joah tesasar..

Thursday, February 10, 2011

mencari penat yg gembire.

haha..aku gembire harini....
tp first,tenkiu kt uitm sbb bagi cuti tanpe sebab bersempena dgn persidangan lecture-lecturi selame 2 hari.hal ini adelah spt kate pepatah;lembu punya susu,sapi dpt nama.kankan?tp persoalannye sekarang,siapa punya susu?oke,sile abaikan...


dgn rase hepy yg memuncak2, ktowg bercdg nak melawat salah satu keistimewaan shalam yg tiada pd jajahan takluk yg laen.memperkenalkan...

                  Taman Pertanian Bukit Cerakah@Bukit Cahaya

bunyi macam lekeh dan berpendidikan kan?tapi takla.tmpt ni standard je untuk remaje2 mcm ktorang yg liar berhibur  aktif beriadah. syok wo.lebih bermakne kalau pg ngan kawan2 sepermainan.

kiteorg sewe beskal. mamposla kalau nk jalan kaki keliling tmpt tu. cheh,belagak sume nak berbeskal scre individu.aku offer nak boncengkan 3 org skali sume refuse.last2,peha masing2 sume hilang 2 inci.

basikal cikmirmo2 yg gentarkan kelajuan

tapi,ekspedisi kali ni,ktorg cipta sejarah sket.bukit yg ketinggian rendah sket dr gunung ledang tu,selambe je ktowg daki nonstop gune gear 5.haha..aku pon takcaye pembohongan ini.sebaliknye.....


hahahaha..




tapi,siyez hebat,ktowg la. mane tak nye trip maen ikot naluri keibuan masing2 je(naluri cikanakisahak pling stabil).ikot jln yg tak dicatat lagi dlm pete. pastu,hah hambek,nak tecabot tempurung lutot. naseb baek ktowg ni pengamal diet seimbang bersame susus anlene sblom ke kelas XD.
yee,kude juge trut disediekan

sile fokus kt baju ping di blkg tu ye.


bile dah nak dekat2 tercabot pedal beskal tu, akhernye ktowg jumpe blek tmpt permulaan.sory,ni bukan sesat ye,cume mencari the road not taken.hehe

pastu,mase utk ambek2 angin dgn menaiki bas tanpe penutuo dinding. malangnye,cikanakisahak kehilangan kuncimotor kerongsang jename nike.die menangis sehingga kelu dan wajahnye kelu. selepas bbrape moment memunjuk beliau,ktowg pon pulang dgn selamat ke teratak masing2.-tamat-

Tuesday, February 8, 2011

kalau saye mati.......

Setiap hari saye berdepan dengan maut. kadang2 terlalu dekat,kadang2 ia agak jaoh. tp alhamdulillah,saye aku masih hidop dan mampu menaep hingge ke saat ini.

um..ade beberape perkare yg aku nak wasiatkan.manela tau kalau2 ajal aku sampai awal kan..wuu,mcm sedih la entri nih..

1st skali:tolong bgtawu kat orang2 yg aku sayang,bundaayahnda aku sgt menghargai segale jase diaorang. siyez takkan mampu aku ganti atau bayar sampai bile2.uhuk2..



2nd: tolong jgn pisahkan laptop aku ngan handset aku.sape yg nak warisi,kene ambek due2 skali. kalau tak,aku akan menghantui setiap mimpi2 malammu.muahahaa..

3rd: tolong halalkan semue hutang piutang,yg tertulis mahupun yg tersembunyi.kalau tak mampu nak redhakan,bolehla tuntut dgn mane2 individu yg same bin/ binti ngan aku. tidak lupe juge,makan minom, aku samaade yg ditelan dgn sengaje atau separa sedar, duet photostat note, duet ganti kad phtostat ilang.

4th: aku nak didoakan setiap malam khamis dengan name aku diselitkan sebelom bacaan yassin..bolehkan?bolehkan?hihi.sertakan sekali kismis tok guru belian drpd ustaz hezri ye.

5th: tolong bagi kucing2s aku makan whiskes. biapon sblom ini diorang hanye makan nasik ngan ikan bilis.

6th: sewe rumah bayar. jgn lupe.lambat takpe.

7th: suruh wani tu mandi!!!!!

harapan yg selalu pudar.

hai semue.

cuti  huaren xinnian(tahun baru cine) baru shj tamat bbrape hari yg lepas.takde pape yang best sgt pon melainkan limau mandarin berkotak2 yg diperolehi dari tokey2 cine yg bermurah hati...


tapi banyak2 terime kasih kpd cikbuluhperindu yg sudi menjinjit sekotak bekalan vitamin C kiteorang walaupon naek bas,sepanjang jalan dr pahang.wuwuwu,saye terharu.

cikblhprindu kepenatan dlm bas dr phg

sebelom pulang bercuti,seperti biase kite akan berase excited lebih sedikit drpd excited kelas yg dibatalkn di saat2 akher. normallah tu nak blek jumpe orang2 tersayang kan.tp,seringkali rase itu dipatahkan oleh assignment2 drpd lecturer2 berpengalaman.humm....itu juge normal ye.

jadi sebelom pulang ke kg halaman (ciktampuk2 di bndar gagak) berkali2 beg balek kg dicheck. bkn ape,bimbang tertinggal kerje skolah. antare bahan yg perlu ade:
  1. nota-notes(hampir semua bab dr setiap subjek)
  2. kukukaki/kalkelater
  3. pensil case
  4. test pad maxi.
itula yg dipanggil harapan sebelom pulang. tetapi harapan ini hanye acapkali dpt terlaksane sebab mak suruh saye jage adik..hahahahha...


Tuesday, January 25, 2011

susah juge ye...

evening ebribadi..

pe plan mlm ni?wat hmwork yg sememangnye takkan pernah nak putos2 atau sekadar berangan bahawe korang adelah salah sorang dari philosopher yg cekap mengarang baris2 quotes untuk tatapan umum?
bagi aku, takde langsung bezenye dgn pepatah/ simpulan bhs/bidalan melayu.maap,aku mengarot.

sebenarnye entri ni hanye la untuk tidak mengecilkan hati kwn2( cikmessi,ciksnowhite,ciktampuk2, cikbuluhperindu) krn gagal mengupload gambar mereke dlm entri yg lepas. klik sini








sori,memang takde link pon.aku malas sebab entri aku hanye sekangkang kere.heee.
kat kerete mewah masing2


artis2 rakaman sementare ddpn wonderland

kt rumah sajian tradisi adabi


cukopla kot tige keping gamba ni yg ade memaparkan muke korang.bukan ape,intenet slow la.dan semoge korang tawu, takkan femesnyela interprem dlm blog aku nih sebab blog aku hanye ade 3 follower......hahahahahhahaha

Sunday, January 23, 2011

pernah tak korang rase?

intro same spt tajuk entri ye...

kadang2 selalu kite akan rase yang kite ni sebenamye mempunyai bakat2 khusus yg badan kite sniri tak mampu nak tunjukkan.

maksud aku pernah tak korang terase yg korang mampu utk selesaikan contohnye mcm soklan math atau lagi power soklan addmath yg chapter2 integrate ngan differentiate dgn hanye bbrape lakaran pensil?
aku penah ade rase mcm tu(oh,aku tak normal ke?) tapi,sebenanye aku tak mampu nak buat pon.haha...
korang agak2 yg aku rase tu adelah aku punye kekuatan dalaman ataupon sesuatu yg kite panggil sbg perasan?


sekali tu(berkali-kali), aku pg ice skating. aku rase aku mampu nak skate laju2 mcm skater yg pro.jadi,dgn secebis keyakinan, aku pon meluncur bbrape tingkat dr kelajuaan normal akuttp,spt biase aku hampe apabile terpakse pulang dgn baju yg basah dibuntot punggung.


atau,kite dengan yakinnye merase akan mampu menjawab soklan kuiz/test yg bakal diduduki esok hari. make pada malam harinye mampu lg berkarok sepam due di karok box berhampiran, mengusha cardigan2 di uptown dan menemani sahabat2 laki mghisap shisha perise mint.ish2..liar betulla..tapi seperti biase,kegagalan jue yg berkunjung tibe.tibe2.

itulah antare perasaan2 yg sering menjadikan kite kuat sebenarnye,walaupon rase itu seringkali membunuhku...........
   


entahla..