Monday, November 5, 2012

PARAMESWARA


Pagi itu redup sekali. Angin sepoi2 bahasa Tamil bertiup lembut menyapu muka. Kuntum yg baru tiba di tempat baru itu gembira sekalipun hatinya masih belum tahu samaada dia akan benar2 sukakan tempat itu ataupun sebaliknya. Sudah lama dia berhajat utk dtg ketempat itu yg sudah masyur semesta alam. Kalau alam semesta spt bijirin sarapan pagi Honey Star pula.

Dengan langkah longlai Kuntum bersandar di sebatang pokok yg amat rendang di tepi sebatang kali. Kali ye bukan bahagi. Di bawah pokok itu juga terdapat seekor arnab yg sedang nyeyak tidur. Kuntum juga berhajat ingin merehatkan dirinya dgn tidur barang sepicing  dua. Matanya sedikit degil, gagal memberi kerjasama yg baik. Seketika, dia terlihat seekor kura-kura melintas di hadapannya tergesa-gesa, tapi masih tidak melangkaui  kelajuan kura2 yg sebaya dengan nya. Dia malas berfikir apa2 tp seketika demikian dia terdengar jeritan sorak sorai gembira spt meraikan sesuatu, bagai mendapat 2 mata utk rumah sukan dlm acara sukantara sahaja lagaknya.

Kuntum tersedar ketika matahari sudah gelincir. Bukan kerana cuai, bukan juga krn lantai licin mop tdk berperah, tp kerana sudah masuk waktu utk tunduk kepada Pencipta yg maha agung. Sungguh, ajaran ibu-bapa dan guru2 nya dr sekolah menengah kebangsaan  agama(SMKA) tdk sekali2 dilupa. Barangkali birat2 rotan kekal dibelakangnya yg turut mengingatkan akan tanggungjwab itu.

Usai solat. Kuntum berjalan2 sekitar kampung itu. Suasana tenang di kampung sudah tentu menjadi ilham kpd pencipta lagu2 Raya spt lagu kegemaran semua, Suasana Hari Raya. Kuntum menunggu masuk waktu Magrib. Dia lebih selesa bergerak slps magrib.  Dia menuju ke sebuah pondok berbumbung rumbia. Di situla dia berjanji akan bertemu dgn rakan2 lain. Sudah lama rasanya dia tdk bertemu rakan sepermainan nya. Rindu di hati yang menggunung bakal terlerai pada hari ini.

Sedetik dua berlalu, penantiannya berakhir dgn kehadiran rakannya yg kelima. Kuntum bersyukur kesemua rakannya dlm keadaan sihat walafiat. Minyak afiat adalah minyak yg berguna bg merawat kanak2 kencing mlm. Selepas keadaan yg agak chaos krn sesi ice breaking utk kali pertama slps tidak bertemu, mrk memulakan perjalanan pd mlm itu. Tetapi hampa jelas terpapar disetiap wajah ahli rombongan itu. Mereka sama sekali tidak menyangka “alamak Parameswara tutup la malam ni”. “Selamat tinggal ikan bakar”

1 comment:

  1. yo shbt.. fadz terpaksa baca dlm gaya klasik bwu dpt feel... hahaha.. syabas mere bheti..

    ReplyDelete