Tuesday, August 19, 2014

Rindu jari menulis,
Eleh menulis ke, menaip pun typo.

Masa itu dewasa.

Toleh ke tahun yang sudah.
Sudah beberapa kali Ramadhan sbg pekerja swasta.
Dah lama rupanya.
Tragedi org-yg-incharge-sahur: hanya hidang Milo.
Padahal time turn org lain demand nasik panas.

Sekarang.
Semua bimbang bertukar.
Dari risau pointer duduk bawah tiga.
Duk kalut warna baju bridesmaid tak kena tema.
Dari bimbang tak dpt tiket Raya.
Rupanya lg susah nak budjet duit tol-minyak dan sampul Raya.

Selepas ni, apa lah agaknya.

Pening mencari sireh junjung?
Raya bertukar kampung?
Rahim masih kosong?



Oh tarikh nikah tu rahsia Dia.
Tapi mak dah bagi hint-''habiskan study dulu''
Ye mak ye. I olzz pun tak gatal mana.
Tett.