I WANT TO BE AN
ASTRONAUT
“Mak, boleh tak Acu nk bwk cucoq mak sket p skolah?” seketul
lg cucur bawang bersama ikan bilis disua Halim ke mulut bg menjalani pre-digestion oleh enzyme amylase.
Enzyme mmg tidak sesuai sekali dieje
sebagai enzim.
“Awatnya, duet blanja 60sen mak bagi tak cukop ka?”Mak
menuju ke dapur mencari2 bekas plastik seperti yg selalu diguna pakai umum bg
menapau bubur lambuk. Bekas2 plastik jernih tu Along yg beli secara bundle.Huh
taktik kuno bg menapau lauk pauk Mak
kalau dia balik kg.
“Dok aiih, ada plajar tukaq dr jepun dok minat sgt kt cucoq
mak hak cheq mbwk marin(kelmarin)”.
Jawapan Halim mak balas dgn senyuman mengerti. Perlahan dia
menuju ke peti ais bg mendapatkan sedikit tisu dapur bg mengalas cucur2 td. Mak
mmg anti menggunakan kertas surat khabar bagi menyerap minyak dr makanan spt yg
kerap dilakukan oleh org kampong, lebih2 lg dr helaian iklan Metro, penuh;
hitam bercetak. Tapi sebenarnya dia juga kurang mengerti utk membezakan tisu
dapur dan tisu tandas.
Mak tahu, duet belanja yg diberi kpd Halim mmg tak
mencukupi. Bukan dia tidak mahu memberi lebih kpd Halim, tapi dia mempunyai
misi yg jauh lebih penting. Dia sgt bersyukur anak itu tidak pernah merungut,
apatah lg memberontak meskipun dia tidak pernah mengugut akan menjadikan
anaknya itu batu seperti dlm cerita Tanggang sekiranya anaknya itu degil dan
tdk mendengar kata.
“ Sat lg lepaih antaq hang p skolah, mak keluaq na.Nanti
hang balik bonceng ngn Pak Su. Jgn lupa plak ucap terima kasih”pesan mak
supaya anaknya tidak lari dr mengamalkan
nilai2 murni. Halim hanya mengangguk.
Mak susun cucur dlm
bekas sampai penuh. Kemudian dia kembali ke peti ais 2 pintu itu bg mendapatkan
sedikit sos cili;pilihan keluarga tentunya sos cili Aminah Hassan. Sesudah
siap, dia menguhulurkan bekal itu kpd Halim yg sedang menyarung stoking putih
dgn hitam di tapaknya. Mmg stoking yg sesuai bg seseorang yg tidak menukar alas
kaki dlm tempoh berminggu2.
Halim tersenyum.“Terima kasih Mak”. Dalam hati berbunga2
kerana dia dapat menyimpan wang sakunya pd hari ini. Jumlah semuanya sejak
penjimatan seminggu lepas, RM 3.20. Cukup untuk membeli 1 set Yogurt Cal-yum
kegemaran semua dr kantin sekolah. Mmg Halim sudah lama mengidamkan set yogurt
itu kerana dia mahu membesar dgn zat2 dan mineral yg cukop. Huh, jiwa remaja yg
baru bertemu mkanan spt yg diiklankan di televisyen.
Semasa menyuap susu masam itu kedlm mulutnya, hati Halim
berharap agar dia dpt menjadi spt ibunya yg kuat,cerdas dan tabah lebih2 lg
selepas ayahnya meninggalkan mereka
tanpa khabar berita sejak 11 tahun lepas.Pantas dia menitipkan doa agar ibunya
bersemagat waja untuk lulus menentang calon2 akhir, Pak Cik Muszaphar, Dokter
Faiz dan seorang lg wanita India yg dia mmg gagal menghafal namanye seterusnya;
melayakkan diri menjadi angkasawan pertama Malaysia.Good Luck Mak!
No comments:
Post a Comment