Monday, November 5, 2012

PARAMESWARA


Pagi itu redup sekali. Angin sepoi2 bahasa Tamil bertiup lembut menyapu muka. Kuntum yg baru tiba di tempat baru itu gembira sekalipun hatinya masih belum tahu samaada dia akan benar2 sukakan tempat itu ataupun sebaliknya. Sudah lama dia berhajat utk dtg ketempat itu yg sudah masyur semesta alam. Kalau alam semesta spt bijirin sarapan pagi Honey Star pula.

Dengan langkah longlai Kuntum bersandar di sebatang pokok yg amat rendang di tepi sebatang kali. Kali ye bukan bahagi. Di bawah pokok itu juga terdapat seekor arnab yg sedang nyeyak tidur. Kuntum juga berhajat ingin merehatkan dirinya dgn tidur barang sepicing  dua. Matanya sedikit degil, gagal memberi kerjasama yg baik. Seketika, dia terlihat seekor kura-kura melintas di hadapannya tergesa-gesa, tapi masih tidak melangkaui  kelajuan kura2 yg sebaya dengan nya. Dia malas berfikir apa2 tp seketika demikian dia terdengar jeritan sorak sorai gembira spt meraikan sesuatu, bagai mendapat 2 mata utk rumah sukan dlm acara sukantara sahaja lagaknya.

Kuntum tersedar ketika matahari sudah gelincir. Bukan kerana cuai, bukan juga krn lantai licin mop tdk berperah, tp kerana sudah masuk waktu utk tunduk kepada Pencipta yg maha agung. Sungguh, ajaran ibu-bapa dan guru2 nya dr sekolah menengah kebangsaan  agama(SMKA) tdk sekali2 dilupa. Barangkali birat2 rotan kekal dibelakangnya yg turut mengingatkan akan tanggungjwab itu.

Usai solat. Kuntum berjalan2 sekitar kampung itu. Suasana tenang di kampung sudah tentu menjadi ilham kpd pencipta lagu2 Raya spt lagu kegemaran semua, Suasana Hari Raya. Kuntum menunggu masuk waktu Magrib. Dia lebih selesa bergerak slps magrib.  Dia menuju ke sebuah pondok berbumbung rumbia. Di situla dia berjanji akan bertemu dgn rakan2 lain. Sudah lama rasanya dia tdk bertemu rakan sepermainan nya. Rindu di hati yang menggunung bakal terlerai pada hari ini.

Sedetik dua berlalu, penantiannya berakhir dgn kehadiran rakannya yg kelima. Kuntum bersyukur kesemua rakannya dlm keadaan sihat walafiat. Minyak afiat adalah minyak yg berguna bg merawat kanak2 kencing mlm. Selepas keadaan yg agak chaos krn sesi ice breaking utk kali pertama slps tidak bertemu, mrk memulakan perjalanan pd mlm itu. Tetapi hampa jelas terpapar disetiap wajah ahli rombongan itu. Mereka sama sekali tidak menyangka “alamak Parameswara tutup la malam ni”. “Selamat tinggal ikan bakar”

Sunday, October 7, 2012


I WANT TO BE AN ASTRONAUT

“Mak, boleh tak Acu nk bwk cucoq mak sket p skolah?” seketul lg cucur bawang bersama ikan bilis disua Halim ke mulut bg menjalani pre-digestion oleh enzyme amylase. Enzyme mmg tidak sesuai sekali  dieje sebagai enzim.

“Awatnya, duet blanja 60sen mak bagi tak cukop ka?”Mak menuju ke dapur mencari2 bekas plastik seperti yg selalu diguna pakai umum bg menapau bubur lambuk. Bekas2 plastik jernih tu Along yg beli secara bundle.Huh taktik kuno bg  menapau lauk pauk Mak kalau dia balik kg.

“Dok aiih, ada plajar tukaq dr jepun dok minat sgt kt cucoq mak hak cheq mbwk marin(kelmarin)”.
Jawapan Halim mak balas dgn senyuman mengerti. Perlahan dia menuju ke peti ais bg mendapatkan sedikit tisu dapur bg mengalas cucur2 td. Mak mmg anti menggunakan kertas surat khabar bagi menyerap minyak dr makanan spt yg kerap dilakukan oleh org kampong, lebih2 lg dr helaian iklan Metro, penuh; hitam bercetak. Tapi sebenarnya dia juga kurang mengerti utk membezakan tisu dapur dan tisu tandas.

Mak tahu, duet belanja yg diberi kpd Halim mmg tak mencukupi. Bukan dia tidak mahu memberi lebih kpd Halim, tapi dia mempunyai misi yg jauh lebih penting. Dia sgt bersyukur anak itu tidak pernah merungut, apatah lg memberontak meskipun dia tidak pernah mengugut akan menjadikan anaknya itu batu seperti dlm cerita Tanggang sekiranya anaknya itu degil dan tdk mendengar kata.

“ Sat lg lepaih antaq hang p skolah, mak keluaq na.Nanti hang balik bonceng ngn Pak Su. Jgn lupa plak ucap terima kasih”pesan mak supaya  anaknya tidak lari dr mengamalkan nilai2 murni. Halim hanya mengangguk.
Mak susun  cucur dlm bekas sampai penuh. Kemudian dia kembali ke peti ais 2 pintu itu bg mendapatkan sedikit sos cili;pilihan keluarga tentunya sos cili Aminah Hassan. Sesudah siap, dia menguhulurkan bekal itu kpd Halim yg sedang menyarung stoking putih dgn hitam di tapaknya. Mmg stoking yg sesuai bg seseorang yg tidak menukar alas kaki dlm tempoh berminggu2.

Halim tersenyum.“Terima kasih Mak”. Dalam hati berbunga2 kerana dia dapat menyimpan wang sakunya pd hari ini. Jumlah semuanya sejak penjimatan seminggu lepas, RM 3.20. Cukup untuk membeli 1 set Yogurt Cal-yum kegemaran semua dr kantin sekolah. Mmg Halim sudah lama mengidamkan set yogurt itu kerana dia mahu membesar dgn zat2 dan mineral yg cukop. Huh, jiwa remaja yg baru bertemu mkanan spt yg diiklankan di televisyen.

Semasa menyuap susu masam itu kedlm mulutnya, hati Halim berharap agar dia dpt menjadi spt ibunya yg kuat,cerdas dan tabah lebih2 lg selepas  ayahnya meninggalkan mereka tanpa khabar berita sejak 11 tahun lepas.Pantas dia menitipkan doa agar ibunya bersemagat waja untuk lulus menentang calon2 akhir, Pak Cik Muszaphar, Dokter Faiz dan seorang lg wanita India yg dia mmg gagal menghafal namanye seterusnya; melayakkan diri menjadi angkasawan pertama Malaysia.Good Luck Mak!

Saturday, October 6, 2012


JARI

Ahh di kutub Utara ini, suhu mmg rendah. Acapkali darjah kepanasan di sini adalah di bwah paras beku. Macam mana lah Katara dan keluarganya dpt hidup di tempat sebegini?Barangkali dr bekalan lemak anjing2 laut. Ish, anjing;haram. Anjing laut bertaring; haram.Anjing laut tidak disembelih; haram.Amboi 3kali haram. Jom pergi KFC lah kalau begitu. Lama tak boleh menaip .Jari dah beku!

Sunday, October 2, 2011

kisah anjing dan bayang-bayang

Sewaktu mude dulu, anjing pernah memenangi pertandingan kebaya anjuran JKK kampungnye. Bagaimanapun nama kg tersebut terpaksa dirahsiakn utk menjaga privasi pemastutin2 tetap disana. Yela,bimbang juge ade yang terus mencari di google map utk membuktikan kesahihan cerita ini.

Masih segar dlm kotak memori cikjing (merujuk haiwan yg same spt perenggan di atas) flash2 kamera yang bergemerlapan(kalau xsuke tukar je kpd yg lebih sesuai), sorakan AJK2 tertinggi kg yg masing2 menyokong dan mengharapkan kemenangan dirinya semasa sesi ujibakat semalam. Sikap bangge dan riaknye melebihi paras keangkuhan merak selepas siap dicat indah oleh gagak. ingat lagi  tak cerite tu?kelik

Selepas mendaftar dgn bayaran seringgit persis bayaran tipikal klinik2 1Malaysia, cikjing berjaya mendapat tempat utk pertandingan ratu kebaya pd mlm itu. Itupun setelah puas betumbuk dgn petugas majlis bekenaan yg berkeras cikjing tidak layak menyertai pertandingan tersebut. Namun,lumrah duniawi tiada siapa pun yg mampu melawan sogokan duet lebih2 dalam matawang asing.

Hati cikjing ingin melompat kegirangan namun nafsunya mengingatkan dia akan tatasusilanya sebagai haiwan yang sopan. Dia tahu peluangnya utk menang sgt tinggi. Masakan tidak, (tidak mrujuk kpd masak2 goreng), dia sudah mendengar cerita, ciksemut gagal menjumpai pereka kebaya yg sudi mereka baju saiznya, cikkucing pula sudah bunting 6 hasil hubungan terlarang dgn warga siam yg dtg mmburu tikus disitu. Heih, rugi betolla cikkucing ni,sedangkan dia adalah pesaing terdekat cikjing,tetapi gagal menahan nafsu dan membuat onar dgn siamese.Tp sumpah, tak dinafikan, warge siam tu mmg kacak. Kalau cikjing diberi peluang yg sama juga,dy tidak akan menolak biarpun DNA mereka takkn pernah mengizinkan hubungan tersebut.

warge siam yg dimaksudkan

 Beberapa peserta lagi, seperti ciktenggiling menarik diri pada saat2 akhir disebabkan kekejangan pada abdomen selepas melahirkan anak kembar berkat perkahwinan dengan seorang sekretariat universiti tempatan, dan cikikan yang keracunan akibat termakan roti lebih tarikh dermaan seorang penunggang legend. Hum..mmg,cikjing sniry mlihat jln yg dipermudahkan untuknye.

Tibalah hari kejadian. Usai sahaja masuk waktu syuruk(maaf, tiada isu keagamaan dikaitkan dlm entri ini) cikjing telah bersedie dgn kebaya rekaan wewa weng yang depositnye diperoleh dari bayaran kembali deposit rumah yg hampir disewe oleh cikjing. Cikjing memuji-muji kecantikan dirinye sendiri dihadapan cermin. Jambulnye yg setompok disepit kemas dengan sepit yang dibeli di kedai fully shop,sebuah kedai pinggiran kota yg menyediakan aksesori2 comel utk gadis remaje yg ingin bergaye ttp dalam budjet yg terbatas. Clutch warne keemasan yang disewe dr kawannye dikepit kemas dimulut.

Berjalanlah cikjing dengan dada yang kembang menuju tempat pertandingan. Berhati-hati die semasa menyelusuri denai2 berlecak didalam kampung itu, bimbang kerawang kebaya mahalnye direciki( kata kerja spt utk ayam percik) lumpur. Semasa melalui jambatan untuk menuju ke seberang, die terlihat seekor anjing yang gagah persis seekor chi hua hua belaan diraja. Timbul rasa teruja dihatinye untuk menyapa gerangan anjing yang kacak itu.

Auukk aukkk.(hai kacaknye awak).


Plup,clutch yang berada dimulutnye terjatuh kedalam air dn terpercik ke mukenye sendiri.
Cikjing tersdiam apabila mengingati dirinya yg persis watak dalam cerita nenk moyangnye, menyalak pd bayang-bayang sendiri. Sejenak, die tersenyum mengingati dirinya yg sepatotnye dilahirkan sebagai bakal ketua keluarga.

Cikjing berjalan pulang ke rumah. Dia ingin mendaftar di gym.

Wednesday, March 23, 2011

Indah,cerita seorang yg indah

Pada pg yg hening itu, sehening air dikali(sebening sebenarnya), ketika burung2 masih mengeliat bangun dr tidur,ayam2 masih belom yakin sama ade perlu berkokok masuk suboh atau tidak,dan  cacing juga masih segan2 menjengah keluar tanah, Indah sudah siap!

Ye, hari ini la hari yang ditunggu2 sejak die mencapai mumaiyiz lagi. Hari ni die akan bertemu kekasih hatinya. sudah lame benar rindu dihati ditahan. Sudah tak tertanggung lagi rasenye. Usai siap bersarapan yg hanye sekadar beberapa suap ubi kayu cecah terubuk masin dr sarawak pemberian anak sulong ketue kampung, pantas die mencapai kunci myvee nye. Kereta nasional itu memang menjadi kegemaran nafsunye. Mnakan tidak, pade hari pertame kereta itu dilancarkan die sudah memecahkan tabung jagungnye semate2 untuk mencukupkan duet bagi pembayaran deposit. Bangge sungguh memandu pacuan empat roda itu ditambah pule aksesori spoiler yang jarang2 dpt dilihat pade kereta itu, ketika itu(jk bosan tukarkan itu kpd ini) ,menanbah lagi perasaan riyak di hatinya.

Eh, die terlupe sesuatu.Simpton alzheimer la ni.Ishh!! nasib baek tak berape terlambat lagi. Pantas, signal kekiri ditarik, dan alat kawalan tayar itu rakus dipusing kekanan. Mini market Pak Teh menjadi pilihannya utk membeli 'barang' itu.Kire bolehlaa pd saat2 genting mcmni utk singgah di pasaraya lelaki cina separuh abad itu. Bukan ape, kemudahan disana kurang memuaskan. Putaran udara hanye bergantung kepada kipas dinding yang boleh geleng2, mesin kire2 hanye kalkelater berkuase solar(nseb bek bukan sempoa) dan diskaun tak pernah ade sekalipun tahun baru cina adelah tahun arnab!takpatot.

Sesudah selesai membeli barang tersebut, barulah Indah mampu tersenyum menampakkan lesung pipit sedalam preity zinta. manis. Tangkai plastik bungkusan direnyuk kuat bimbang tercicir. Sepatutnya die tidak mengambil plastik yg sukar dilupuskan itu. Memang, die sorang pencinta alam.Tetapi desakan pekedai Pak Teh memang sukar ditolak.

Keretanya dipandu sederhana laju menyelusuri lebuh raya, denai2 kecil dan berkenaan bulatan(roundabouts). Setelah hampir 45 minit pemanduan berhemahnya, Indah tibe ke destinasi cintanya. tidak lame selepas itu kedengaran pengumunam dari pembesar suare

" perhatian kepada Pelatih PLKN Siti Ain Izzati bt Wan Yusop. Anda ade tetamu"

Tidak lame selepas itu, keluar la seoarang gadis sunti bertudung sarung kerinting2 ditepi sambil menjerit kecil,

"mak,ade beli tak sabun biozip yg along kirim tuh?"

banyak betoll..

dalam hidup ini,mmg slalu terjadi perkara banyak betol. spt contoh, byk betol idea2 blogger untk mereka gigih menaep. sebenarnya susah jgk nak carik idea utk menyudahkan sesebuah entri. dahla tu, banyak pulak spelling errors yang berlaku disebabkan jari hantu yang taknak bekerjasame ngn jari telunjuk, ibu jari yang sombong ngn jari manis.

aku kagum dgn blogger yang mampu terbitkan entri setiap hari. banyak sungguh idea2 dieowg. kalau jatuh ke ladang gandom mesti jadik kokokrunch..hehe. tebaek, smapai due tige entri sehari. memang x kering gigi la membacenye.

hoyeh, aku da ade entri arini. ni sume atas desakan cikmessi yang cakap blog ni da besawang.
eii,tolong sket,mane ade!cikmessi, kalau anda ade singgah blog ni, suke saye nk bagitaw,blog ni xd sekalipon habuk sebab saye da pasang settling chamber kt blog nih tw!!

Friday, March 4, 2011

JK

ello malaysia..

JK...bole memberi maksud ape2 pon kan..
ade yg dengar JK dan membayangkan jambul kontot, jambu kecut, juare kentot..

atau terbayang harry potter, si penulisnye JK Rowling?
mungkin bole jdik jgk jaminan kesihatan,jwtan kuase kecik, jabatan keselamatan,jejantas ku,jarum katataspeti, jelapang kelapa?




atau, jiwe kacau??