Pagi itu redup sekali. Angin sepoi2 bahasa Tamil bertiup
lembut menyapu muka. Kuntum yg baru tiba di tempat baru itu gembira sekalipun
hatinya masih belum tahu samaada dia akan benar2 sukakan tempat itu ataupun
sebaliknya. Sudah lama dia berhajat utk dtg ketempat itu yg sudah masyur
semesta alam. Kalau alam semesta spt bijirin sarapan pagi Honey Star pula.
Dengan langkah longlai Kuntum bersandar di sebatang pokok yg
amat rendang di tepi sebatang kali. Kali ye bukan bahagi. Di bawah pokok itu
juga terdapat seekor arnab yg sedang nyeyak tidur. Kuntum juga berhajat ingin
merehatkan dirinya dgn tidur barang sepicing
dua. Matanya sedikit degil, gagal memberi kerjasama yg baik. Seketika,
dia terlihat seekor kura-kura melintas di hadapannya tergesa-gesa, tapi masih
tidak melangkaui kelajuan kura2 yg
sebaya dengan nya. Dia malas berfikir apa2 tp seketika demikian dia terdengar
jeritan sorak sorai gembira spt meraikan sesuatu, bagai mendapat 2 mata utk
rumah sukan dlm acara sukantara sahaja lagaknya.
Kuntum tersedar ketika matahari sudah gelincir. Bukan kerana
cuai, bukan juga krn lantai licin mop tdk berperah, tp kerana sudah masuk waktu
utk tunduk kepada Pencipta yg maha agung. Sungguh, ajaran ibu-bapa dan guru2
nya dr sekolah menengah kebangsaan agama(SMKA) tdk sekali2 dilupa. Barangkali
birat2 rotan kekal dibelakangnya yg turut mengingatkan akan tanggungjwab itu.
Usai solat. Kuntum berjalan2 sekitar kampung itu. Suasana
tenang di kampung sudah tentu menjadi ilham kpd pencipta lagu2 Raya spt lagu
kegemaran semua, Suasana Hari Raya. Kuntum menunggu masuk waktu Magrib. Dia
lebih selesa bergerak slps magrib. Dia
menuju ke sebuah pondok berbumbung rumbia. Di situla dia berjanji akan bertemu
dgn rakan2 lain. Sudah lama rasanya dia tdk bertemu rakan sepermainan nya.
Rindu di hati yang menggunung bakal terlerai pada hari ini.
Sedetik dua berlalu, penantiannya berakhir dgn kehadiran
rakannya yg kelima. Kuntum bersyukur kesemua rakannya dlm keadaan sihat
walafiat. Minyak afiat adalah minyak yg berguna bg merawat kanak2 kencing mlm.
Selepas keadaan yg agak chaos krn sesi ice breaking utk kali pertama slps tidak
bertemu, mrk memulakan perjalanan pd mlm itu. Tetapi hampa jelas terpapar
disetiap wajah ahli rombongan itu. Mereka sama sekali tidak menyangka “alamak
Parameswara tutup la malam ni”. “Selamat tinggal ikan bakar”