Wednesday, July 3, 2013

pandu

Kelik- kelik. kelik-kelik.

Flash dari phone camera bergemerlapan (maaf,gagal mencari adjetif yg sesuai) mengambil gambar dari aksesori berjenama yg baru di beli. Si telunjuk laju-laju menuju ke butang Upload. Dalam beberapa minit saja, berpuluh likes dan comments memenuhi ruang, menceriakan hari. Tidak kurang juga yg memuji akan kemampuan diri.Alhamdulillah, ini lah hasilnya penat lelah bekerja sebulan, pemilikan baru ini sebagai ganjaran utk diri sendiri.

Sedetik, timbul jiwa yg kurang berkenan berbisik: 'dia membuktikan kini dia mampu, bimbang ada yang tertinggal,biar semua tahu'. hati memerli dalam sinis,  tak mampu menyindir lagi dlm manis.

Biarlah hati, biarkan hatinya.
Hatiku tidak seampuh hatimu bisa menahan rasa itu.
Tuhan Kau pandu hatiku selalu.

Wednesday, April 17, 2013

Mari berkahwin-edisi kawan

Hariiniharikhamis,malamnantibacayassinye.


Bimbang kontroversi tersembul, cepat-cepat tambah edisi kawan di situ.
Tahniah Marina Mahmud dan suami di atas rumah tangga yang baru dibina beberapa minggu yg lalu.Semoga berkekalan bahagia sehingga ke syurga. Manis juga sekiranya dapat melihat hadiah yg kami beri tergantung di dinding semasa/jika kami dtg melawat awak di dalam hari(berpantang) nanti.

2 pasangan biru dibelakang, sila ambil nombor ya


Rasanya, keghairahan ke majilis kenduri Mekna melepasi tahap keghairahan Mekna itu sendiri menjadi pengantin. Keterujaan berkumpul, ibarat menyertai field trip yang dibekalkan dgn roti gardenia dan air kotak satu sorang.

Mujur ada seorang sahabat yg sudi menumpangkan kawan-kawan yg tidak mendapat capaian bas utk ke majlis. Terima kasih ya. namun, kesan dari telah meninggalkan kesedaran alam sekitar seperti dalam zaman belajar, telah mengakibatkan konvoi kereta dgn jumlah yg agak banyak. 

hasil kecil-kecilan tangkapan di Tg lumpur


Erti bersama sahabat itu lebih dari berkongsi senang dan susah, tawa dan resah, sulit dan mudah
ia ibarat hati kecil mereka yg memahami lebih dari kita sendiri, menasihati walau sukar difahami, 
tiada aku dan dia tetapi kitaorang, marahnya jarang-jarang, meghomeh walau dilarang!








Du'a

Bismillah.

I don't mention my prayers in twitter or facebook. Unless it is a good du'a to be practiced by everyone.
and among best conditions to say our du'a are:
1. In our last sujud.
2. When it is raining
3. In silent and calm moment
4. At the holy land
5. Mistreated by others
6. Travelling (Musafir)